Ramalan kerelatifan am Kerelatifan am

(Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai ujian-ujian dan ramalan-ramalan kerelatifan am, sila lihat Ujian-ujian kerelatifan am)

Kesan-kesan kegravitian

Kesan-kesan pecutan

Kesan-kesan ini terjadi pada mana-mana satu kerangka rujukan terpecut dan oleh itu, adalah bebas daripada sebarang kelengkungan ruang-masa. (Perhatikan bahawa kelengkungan ruang-masa biasanya merupakan punca pecutan penyebab ketika kesan-kesan ini dicerap.)

  • Penganjakan merah kegravitian untuk cahaya: Frekuensi cahaya akan berkurangan (penganjakan cahaya nampak ke hujung merah spektrum) semasa ia bergerak ke keupayaan-keupayaan kegravitian yang lebih tinggi (serta juga ke luar graviti). Disahkan oleh uji kaji Pound-Rebka.
  • Dilasi masa kegravitian: Jam-jam akan bergerak dengan lebih perlahan pada keupayaan-keupayaan kegravitian yang lebih rendah (lebih dalam di dalam telaga graviti). Disahkan oleh uji kaji Hafele-Keating dan GPS.
  • Kesan Shapiro (juga digelarkan "tunda masa kegravitian"): Isyarat-isyarat akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi medan kegravitian, berbanding dengan jangkaan. Disahkan oleh pencerapan isyarat-isyarat daripada kapal-kapal angkasa lepas dan pulsar-pulsar yang lalu di belakang Matahari jika dilihat dari Bumi.
Dalam ujian teori kerelatifan am ini pada tahun 1919, gambar bintang-bintang (ditandai dengan garis-garis) diambil semasa gerhana suria. Sinar-sinar cahaya bintang dilentur oleh graviti matahari semasa dalam perjalanannya ke bumi. (Sila tekan imej tersebut untuk mencapai gambar yang lebih besar.)